~ALLAH S.W.T tahu yang apa terbaik utk hamba-NYA….

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang… 

Kita kecewa apabila pilihan hati melupakan kita.Kita berdukacita kerana tidak berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pendek kata, kita merasa hampa apabila sesuatu yang kita kejar tidak kesampaian. Setiap keputusan yang berlaku ke atas diri kita merupakan ketentuan atau qada’ dan qadar Allah kepada kita, baik yang seiring dengan kemahuan kita mahupun tidak adalah rahmat daripada-Nya.

Allah SWT berfirman mafhumnya:”…. dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu,sedang ia lebih baik dari kamu; sedang ia melarat kepada kamu. Dan Allah mengetahui tapi kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah:216)

Pengetahuan kita tentang baik atau buruk sesuatu yang kita kejari itu jauh lebih cetek
berbanding dengan pengetahuan Allah SWT kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kesemua pilihan atau ketetapanNya untuk setiap hamba seperti kita adalah yang terbaik dan paling tepat. Rahmat dan pemberian Allah kepada para hamba-Nya
datang dalam bentuk dan gambaran yang berbeza-beza. Adakalanya ia terhidang dalam
bentuk kebaikan, iaitu ketetapan-ketetapan yang sealiran dengan apa yang dihasratkan oleh hamba-hamba-Nya. Adakalanya juga ia terhidang dalam bentuk keburukan, iaitu ketetapan-ketetapan yang bertentangan dengan apa yang dicita-citakan oleh hamba-Nya.

Al-Imam Ibnu Athaillah Assakandary ada berkata yang membawa maksud ;
“Apabila Allah memberi kepadamu, nescaya Dia saksikan kepadamu kebaikan-Nya. Dan apabila Dia menolakmu, nescaya Dia saksikan kepadamu kekuasaan-Nya. Maka Dia di dalam semua itu memperkenankan dan menghadapkan kepadamu dengan sifat kehalusan-Nya kepadamu.”

Jangan sesekali kita merasa ragu-ragu atau sangsi dengan kebaikan dan ketetapan Allah ke atas kita. Selagi kita bergelar mukmin selama itulah kita tidak perlu kecewa walaupun ketetapan yang menimpa kita tidak sepertimana yang kita jangkakan kerana ketetapan yang datang daripada Allah SWT itu adalah untuk kebaikan kita. Rasulullah SAW yang mafhumnya ; “Demi zat yang diriku ada ditangan-Nya tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada hamba-Nya yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya….” (HR Muslim)

Golongan mukmin seperti kita wajib menyambut qada’ dan qadar Allah SWT dengan dada yang terbuka. Pilihan-pilihan Allah SWT untuk para hamba-Nya, adalah yang terbaik kerana Dia Maha Mengetahui. Allah SWT yang Maha Penyayang tidak akan sesekali menganiayai para hamba-Nya, malah ketetapan-ketetapan-Nya ke atas kita adalah untuk
memastikan kita semua beroleh kebaikan sama ada di dunia mahupun di akhirat jangan ada keraguan lagi dalam hati kita, seolah-olah yang lain dari ketentuan-Nya itu lebih baik dan lebih sempurna. Tiada ketentuan yang akan membinasakan hamba-Nya kecuali ke atas mereka yang tidak mengingati-Nya. Terimalah dan peliharalah ketentuan Allah dengan
baik, sama ada dari segi rezeki, jodoh dan seumpamanya. Jika ketentuan itu selari dengan apa yang kita cita-citakan maka panjatkanlah kesyukuran kepada-Nya. Jika ketentuan itu bercanggah dengan hasrat kita sambutlah ketentuan itu dengan hati yang terbuka kerana mengikut ilmu-Nya, ketentuan tersebutlah yang terbaik untuk kita walaupun bertentangan dengan kemahuan kita yang asal.
Apabila kita menerima ketetapan-ketetapan Allah dengan penuh ikhlas maka akan terpadam rasa kekecewaan dan keresahan. Kegagalan tidak lagi kita rasa sebagai kegagalan. Kesusahan tidak lagi dirasai sebagai kesusahan. Apa sahaja ketetapan Allah SWT ke atas kita umat Islam, sama ada ia seiring dengan kemahuan kita atau sebaliknya, kesemuanya untuk kebaikan kita. Walau setiap sesuatu yang tidak kita perolehi itu digantikan Allah SWT dengan yang lebih baik daripada apa yang kita inginkan. Walau
apapun, percayalah dan yakinilah bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita berdasarkan ilmu dan kebijaksanaan-Nya.

Allahu’alam…

Doa Seorang Kekasih

Ya Allah….
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
Agar kemesraan itu abadi…

Dan Ya ALLAH…
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi Ya ALLAH…
Seandainya telah Engkau takdirkan….
Dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku….
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta Ya ALLAH Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti….
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku bisa bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan Ya ALLAH yang tercinta…
Gantilah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya ALLAH Ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku….
Kerana Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya ALLAH…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhoif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amiiinn Ya Rabbal ‘Alamiinn…

~menGharap CINTA SEJATI, menDamBa kaSih-MU ILAHI….:smile:

p/s: tahniah utk akhi irfan & bakal zaujahnya yg akan melangsungkan walimah pd 20 Ogos ini…:smile:


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: