~Modern Daie’…Back Again !!!

Modern Daie – Kursus Perbandingan Aqidah

Assalamu’alaikum warahmatullah;

Modern Daie kembali lagi. Atas kejayaan Modern Daie pada tahun lepas yg berjaya mendapat penyertaan seramai lebih 80 orang, IU (Institusi Usrah) sekali lagi akan menganjurkan Modern Daie yg ke-2. Detail program tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 2 dan 3 Sept 2006
Tempat : XR1002 (Universiti Multimedia, Cyberjaya)
Masa: 8.30 pagi – 6.00 ptg
Bayaran: RM15.00 RM5.00
Syarat penyertaan: Mengucap 2 kalimah syahadah (muslim);
terbuka kepada student, lecturer dan juga orang awam

MAKANAN DISEDIAKAN!

Kursus ini dijayakan dengan kerjasama bersama Islamic Information and Services Foundation (IIS). Bayaran yuran kursus ini di IIS adalah sebanyak RM120. Namun begitu, IIS telah pun bermurah hati untuk menurunkan bayaran yuran tersebut kepada RM15 sahaja utk makanan dan urusan pengurusan. Tetapi, oleh kerana Kursus ini mendapat banyak sambutan dan sumbangan daripada pelbagai pihak, pihak penyumbang merasakan kursus ini sangat penting dan meminta kami supaya menurunkan lagi harga yuran ke RM5.00 supaya lebih ramai peserta dapat menyertai program ini. Peserta hanya terhad kepada 200 orang sahaja!

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah mendaftar di Booth kami yang akan dibuka di HB3 Foodcourt dan di Central Plaza. atau boleh menghubungi:
– Yus (Y! ashabul_kahfiislamic)

– Shafa (Y! sheaffer_crashfreak)
– Rahmat (Y! tazakka_lillah)

APAKAH ITU KURSUS PERBANDINGAN AQIDAH

Pada zaman sekarang di mana umat islam semakin keliru dengan aqidah Islam, maka muncullah pelbagai masalah di kalangan muslim itu sendiri. Ramai yg kurang yakin akan kebenaran Islam, malah ada juga yg mula meninggalkan agama dan ada juga yg akhirnya menyertai agama lain. Di dalam kursus ini, kita akan diberi pendedahan dan penerangan yang sangat baik tentang Kebenaran Aqidah Islam serta teknik untuk menyampaikan Islam kepada orang lain dengan cara yang mudah difahami. Kursus ini sangat penting kepada kita dlm melahirkan keyakinan terhadap Islam serta sangat berguna kepada mereka yang ingin menjadi seorang daie…kerana sesungguhnya setiap muslim itu adalah seorang daie.

Antara isi kandungan program ini adalah:

a) salah faham tentang islam

  • Apakah islam menganjurkan keganasan?? Apakah muslim itu pengganas?? Bagaimana kita harus jelaskan pada dunia??
  • isu aurat..mengapa kita perlu menutup aurat?? apa kebaikannya??
  • isu suicide bombers

b) christianity

  • sejarah christianity
  • bible ( dalam bible terdapat bermacam-macam kebenaran tentang islam, insyaALLAH jikalau saudara & saudari mempelajarinya ,saudara & saudari berasa amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang islam)

c) hinduism & buddhism

  • sejarah
  • apa yang kitab hindu & buddha tulis tentang Nabi Muhammad SAW

d) isu wanita , pusaka, hudud dan murtad serta macam-macam lagi isu semasa.

Speakers

Kursus ini akan disampaikan oleh beberapa org speaker yang tidak asing lagi di dalam lapangan ini. Cara penyampaian yang mudah dan unik sesuai untuk menambat hati setiap peserta dan membuatkan peserta seringkali berfikir setiap apa yg disampaikan.

Speaker-speaker tersebut ialah:

1. Bro Shah Kirit kakulalgovinji
– Manager Saba Islamic Media, Maju junction
– Anak murid kepada ‘Deedat plus’ (Dr.Zakir naik)
– Bekas penganut agama hindu
– Pegawai dakwah di IIS

2. Bro Lim Jooi Soon
– Pegawai dakwah di IIS dan MACMA
– Bekas Missionaries Christian

3. Bo Ungku Fauzi
– Pegawai dakwah Perkim Terengganu
– Seorang pengkaji interfaith

~ Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu…
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal… ~


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: