Kupasti dengan janji2-MU….~

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

“…dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri, dan bertasbihlah kepada-NYA pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang2 (di waktu fajar)…[Ath-Thuur:48-49] “

Catatan Semalam….
(13 September 2006)

7.30 a.m –
Bertolak dari rumah menuju ke Melaka Sentral. Membeli tiket bas ke KL…

8.30 a.m –
Bas bertolak dari Melaka Sentral. Tidak ramai penumpang pagi itu…syukur alhamdulillah…Hujan mulai turun renyai2 dan semakin lebat sewaktu tiba di Seremban…Mataku agak letih, tak bermaya…kepala terasa berdenyut2…pening…malam td hanya sempat tidur 4 jam sahaja…entah kenapa begitu sukar hendak memejamkan mata…bermacam2 yang bermain di fikiranku…entah apalah yang bakal terjadi nanti…

11.00 a.m –
Tiba di Puduraya. Tidak ramai orang ketika itu, tidak seperti weekend. Di sana ku menanti ketibaan sahabatku ashikin kerana kami telah berjanji malam td. Sejam…2 jam berlalu…tak betah duduk ku dibuatnya…puas memerhatikan insan2 yang lalu lalang…sempat juga ku berbual2 dengan adik yang duduk di sebelahku bagi menghilangkan kebosanan…:smile: kira2 1.10 p.m, sahabatku itu muncul juga…kesian pula ku melihatnya yang terpaksa meninggalkan segala urusan di office semata-mata untuk menemaniku hari ini…terima kasih kin… 

1.30 p.m –
Kami menuju ke stesen komuter. Perjalanan ke tempat yang ingin ditujui mengambil kira2 7 stesen. Sesampai di sana, kami terus mengambil teksi di situ kerana hendak mengejar waktu…lagipun baru pertama kali kami menjejakkan kaki di situ, apa saja boleh berlaku…sewaktu di dalam teksi, terdetik juga di hati kalau2 pakcik teksi itu ingin menipu kami…namun, alhamdulillah…sifat peramah dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pakcik teksi sewaktu menerangkan destinasi yang kami ingin tujui itu, melegakan hatiku…mcm2 yang diceritakan oleh pakcik teksi hinggakan ke hal2 keluarga…kami hanya mendengar dan mengangguk-anggukkan kepala…sesekali kami berpandangan dan tersenyum…namun yang pasti, semuanya hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri…apa yang bermain di hatiku saat itu hanya ALLAH saja yang tahu…perasaan takut dan berdebar2, bercampur baur…semoga ALLAH mempermudahkan segalanya sebagaimana di permulaan, begitu juga di akhirnya nanti…insyaALLAH…

2.45 p.m –
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi yang ingin ditujui…di sana, bermacam2 insiden lucu yang berlaku antara aku dan ashikin…maklumlah pertama kali, ada saja yang tidak kena…namun yang pasti, biarlah semuanya menjadi rahsia antara kami berdua…:smile: ku cuba hubungi hp suami Kak Long untuk memberitahu ketibaan kami, namun tak berjawab. Akhirnya, setelah pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi, kami bertemu akhirnya…mujurlah Kak Long pernah melihat gambarku sebelum ini…mudahlah dia mengenaliku…setelah menunggu selama lebih kurang 10 minit…akhirnya…saat2 yang dinanti muncul juga…terlerailah segala persoalan…terubat segala kerinduan yang terbuku di hati, walaupun cuma untuk seketika…kucuba sedaya upaya menahan air mata daripada gugur ketika itu….:sad:

3.30 p.m –
Kami bertolak pergi dari situ…Kak Long dan suaminya mempelawa kami menaiki kereta mereka dan menghantar kami ke terminal Putra…Dengan kehendak dan ketentuan Yang Maha Esa, hujan lebat mengiringi sepanjang perjalanan kami ketika itu…seolah-olah jalan raya hendak ditenggelami air. Bimbang jua kalau2 banjir terjadi…suami Kak Long cuba sedaya upaya mengejar masa…selepas menghantar kami, mereka akan menjemput pakcik dan makcik yang akan tiba dari Kelantan petang nanti…alhamdulillah, kami selamat sampai juga akhirnya…sewaktu di terminal Putra, berlaku lagi insiden lucu antara aku dan ashikin…ditakdirkan ALLAH, kami terkeliru dengan signboard di situ…kami terpaksa bertukar 2-3 kali stesen kerana tersilap…:mrgreen: sampai di Jelatek, kami berpisah…kuteruskan perjalanan hingga ke Masjid Jamek…perjalananku diteruskan dengan LRT menuju ke Plaza Rakyat…jam menunjukkan sudah pukul 5.35 p.m…alhamdulillah, mujur masih sempat…

5.45 p.m –
Tiba di Puduraya. Tiket bas kubeli untuk perjalanan pukul 6.30 p.m nanti. Kesempatan waktu yang ada kuambil untuk menunaikan janjiku padanya. Kujejaki insan itu…di kedai itu, tidak kutemuinya…tetapi alhamdulillah, aku bertemu dengan ibunya, tuan empunya kedai tersebut…si ibu menceritakan segala2nya…SUBHANALLAH…ENGKAU Maha Besar Ya ALLAH…sesekali mata si ibu digenangi air…hidungnya merah…kulihat, puas dia cuba menahan sebak di dada…ibu mana yang tidak menyayangi anaknya…:sad: di akhir pertemuan yang telah ditetapkan oleh ALLAH itu, sempat kuambil no hp si ibu begitu juga dengannya…sewaktu berpisah, si ibu memeluk dan menciumku…Ya ALLAH, sungguh terharu suasana ketika itu…aku tahu apa yang sedang bermain di hati dan fikiran si ibu…bersabarlah…segala yang berlaku sudah tertulis…mungkin di sebaliknya tersembunyi 1001 hikmah…sesungguhnya DIA Maha Mengetahui….

6.30 p.m –
Bas mulai bergerak perlahan-lahan meninggalkan KL…Satu hari yang benar2 meletihkan. hmm…:neutral:

******************************************************

 

“LAILAH HAILLALLAH…LAILAH HAILLALLAH…LAILAH HAILLALLAH….Tiada Tuhan melainkan ALLAH….alhamdulillah…segala puji-pujian hanyalah untuk ALLAH…Tuhan seru sekelian alam…ALLAH Maha Besar…ALLAH Maha Agung….Ya ALLAH, sesungguhnya kisah hidupku ini telah ditentukan oleh-MU Ya ALLAH…ENGKAU Maha Mengetahui tiap apa yang tersembunyi dan tersirat di sebalik semua ini…Ya ALLAH, tabahkanlah hatiku…tabahkanlah hati2 insan yang aku sayangi…tabahkanlah hati2 insan yang bersama2 menempuhi segala pahit dan manis dalam perjalanan hidup ini…berikanlah kami kekuatan dan kemanisan iman, Ya ALLAH…bantulah dan bimbinglah kami dalam mencari keredhaan-MU Ya ALLAH…
Ya ALLAH, andai semua ini adalah jalan yang harus kutempuhi demi bertemu-MU nanti…aku redha Ya ALLAH…aku redha…kerna ku pasti dengan janji2-MU…”

(Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada ashikin, Kak Long sekeluarga, L, pakcik teksi, insan2 yang telah banyak membantu sepanjang perjalanan dan urusan sewaktu ku di sana serta kepada ahli2 keluargaku terutamanya ibu dan ayah yang tercinta kerana sangat2 memahami dan memberikan sokongan selama ini…
Jazakallahu Khairan Katheera…:smile: ~ )


3 responses to “Kupasti dengan janji2-MU….~

  • nadya

    wah.. ke KL x bgtau ya… apa pun alhamdulillah selamat sampai pergi dan pulang… nice writting.. rajin update blok yek.. kat sini aku x sempat buat apa2, byk sgt keje kena bereskan, klau x, kena lanjutkan lagi waktu praktikal..😦

  • Ashikin

    ayu, erm pengalaman pada hari itu.. mmg takkan aku lupa.. mcm2 perasaan ada. tapi pe pun aku harap kiter sama2 mendoakan segalanyer berjalan lancar dan satu pesanan, tabah dan sabar lah selalu.. setiap keperitan pasti ada kegemilangan.. keperitan yg hadir mengajar kiter erti hidup, kesenangan yang mendatang akan sentiasa membuatkan kiter sentiasa beringat..inilah warna warni kehidupan, adalah terang dan gelap.. segalanya untuk mematangkan diri kita..waALLAHu’alam..sayang korang(ayu,nadya n sumer kawan2 kiter)..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: